Misi ke Barat A.C._Bhaktivedanta_Swami_Prabhupada

Prabhupada belayar ke Bandaraya New York pada tahun 1965. Sesampai Julai 1966, beliau telah membawa Hare Krishna ke Barat dan mengasaskan Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON) di sana. Srila Prabhupada dikenali sebagai seorang yang betul-betul mengamalkan apa yang beliau berkhutbah; Kepimpinan melalui teladanmemimpin melalui teladan, beliau mengembangkan gerakannya daripada sebuah kumpulan kecil di New York pada tahun 1966 menjadi sebuah gerakan antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu orang. Ketika kematiannya di Vrindavan sebelas tahun kemudian (1977), ISKCON merupakan nama Hinduisme yang amat dikenali di dunia Barat.

Dalam tempoh dua belas tahun dari masa ketibaan Prabhupada ke New York sehingga hari-hari terakhirnya, beliau telah:

  • mengeliling dunia sebanyak empat belas kali untuk membuat lawatan syarahan di enam buah benua;
  • memperkenalkan pendidikan gurukul Veda kepada orang Barat;
  • mengarahkan pengasasan Amanah Buku Bhaktivedanta, penerbit terbesar di dunia dalam bidang teks and ulasan agama Veda;
  • mengasaskan Vrindaban Baru, sebuah koloni agama di Virginia Barat;
  • menulis enam puluh buah buku (banyak buku ini boleh didapati dalam talian; here) mengenai falsafah, agama, kesusasteraan, dan kebudayaan Vedanta (termasuk empat buku dalam bahasa Bengali);
  • melihat Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON) bertumbuh menjadi satu gabungan yang terdiri daripada melebihi 100 buah sekolah, institut, kuil, komuniti ladang, dan ashram.